Pengumuman

Mesyurat Agung Tahunan Ke-30

Mesyurat Agung Tahunan           KUPUTRA Kali Ke-30

Tarikh: Selasa, 5 Jun 2012
Jam: 8:00 pagi
Tempat:  Panggung Percubaan UPM Serdang

Semua Anggota Di jemput Hadir

Hubungi Kami

KUPUTRA

Beg Berkunci 260

Pejabat Pos UPM

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang SELANGOR

No Tel : 03 8946 7980

Pesanan Pengerusi

 

Pesanan-Pengerusi      

Kejayaan-kejayaan yang telah kita perolehi bukan didapat secara mudah atau datang secara bergolek. Kejayaan ini diperolehi oleh adanya satu perancangan yang mantap dan sokongan serta kerjasama berbagai pihak di luar dan di dalam universiti selain adanya faktor penentu iaitu kemahuan dan semangat kerja keras dari semua warga KUPUTRA. Kejayaan yang telah kita capai perlu dipertahankan dan sentiasa ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Kejayaan baru yang lain perlu terus diusahakan untuk diraih bagi memastikan bahawa KUPUTRA adalah sebuah koperasi yang dinamik dan sentiasa meneroka bidang-bidang baru yang berkaitan dan berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan dan perolehan keuntungan.

Harapan kita bersama adalah, apapun kejayaan yang telah kita lakarkan, kejayaan tersebut merupakan kejayaan dalam satu kebangkitan penuh tenaga. Jika kita bersungguh-sunggguh membuat dan melaksanakan perancangan yang kemas dan jitu dan seterusnya melaksanakannya secara tekun dan cermat, samada perancangan ini jangka pendek, sederhana ataupun jangka panjang sudah dapat dibayangkan bahawa beberapa kejayaan lain akan segera datang menyusul menyebelahi KUPUTRA.

Bukanlah sesuatu yang mustahil atau satu khayalan untuk kita menjadikan KUPUTRA sebagai satu koperasi unggul, menjadi contoh dan juga ikutan untuk koperasi lain di Malaysia atau di rantau ini. Jika ada “ranking” dalam penarafan, kita berharap KUPUTRA sentiasa termasuk dalam kategori terbaik diantara koperasi yang terbaik di Malaysia. Insya Allah.

 

Dr. Hj. Dasrilsyah b. Syahrial

Pengerusi KUPUTRA Bhd

 

Buletin

BAUCER BUKU RM200.00 UNTUK PELAJAR UPM
Kepada semua pelajar UPM berikut adalah maklumat berkenaan Baucer Buku tersebut
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar dan masih aktif pada peringkat Diploma, Ijazah, Ijazah Master dan Ph.D secara sepenuh masa atau separuh masa pada Januari 2012 layak mendapat baucer bernilai RM200.00
2. Pengagihan baucer tersebut akan dilakukan oleh Bendahari UPM dalam bulan Januari 2012
3. Pihak UPM akan menyediakan senarai nama pelajar berserta no Kad Pengenalan dan no Matrik. Pelajar perlu memastikan nama,no K/P dan cop UPM tertera pada setiap keping baucer yang bernilai RM50.00 (RM50.00 X 4 keping)
4. Baucer buku boleh ditebus di Kedai Buku Koperasi UPM
5. Baucer ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pelajar. Pelajar digalakkan membuat tempahan buku lebih awal untuk memudahkan urusan
6. Tempoh masa sah laku baucer buku tersebut adalah selama 3 bulan mulai 1 Januari hingga 30 April 2012
7. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucer tersebut dengan wang tunai
Sekian
Pengurus Kedai Buku KUPUTRA Bhd
Puan Norsalinda bt Ismail (017-3836475)